
Universiti Malaya , 15 Jan 2012 : Sempena musim peperiksaan yang akan berakhir tidak lama lagi, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya akan mengadakan satu kem rekreaksi untuk mengisi dan membolehkan mahasiswa menghilangkan tekanan peperiksaan baru-baru ini.
Kem ini merupakan aktiviti saban tahun dianjurkan oleh persatuan ini yang membuka peluang kepada seluruh mahasiswa untuk menyertai kem ini.Kem ini sudah dikenali dengan sinonimnya Brotherhood Of Muslim Camp atau BRO MC 2012.
BRO MC pada kali ini dijadualkan akan diadakan pada 21 dan 22 Januari 2012 iaitu pada sabtu dan ahad minggu hadapan.Lokasi BRO MC difahamkan akan dijalankan di Lopo Blue River Hulu Langat , Selangor
Menurut Timbalan Presiden PMIUM , Amir Nabil Mahyudin menyebut BRO MC pada kali ini diadakan berbeza daripada tahun sebelumnya.
“BRO MC kali ini adalah bertujuan untuk membuat aktiviti bersukan dan pengisian ilmu bersama-sama dengan rakan-rakan siswa lain.”
“Kita mengambil pendekatan pada BRO MC kali ini adalah diadakan selepas musim peperiksaan siswa supaya melalui aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan tekanan dan memberikan sumber inspirasi baru kepada mahasiswa untuk berusaha di masa hadapan.”ujar beliau.
Selain itu, antara yang menarik dalam aktiviti BRO MC yang akan dijalankan seperti Jungle Trekking, Night Walk, Obstacle , Explore Race , Cooking in Bamboo , dan pelbagai lagi.
Pengarah BRO MC , Mokhtarul Amin juga menyebut BRO MC yang bakal diadakan kali ini akan menguji kreativi dan pengurusan para peserta dalam mengikuti siri aktiviti sepanjang 2 hari berlangsung.
Tambah beliau , mengalukan dan menjemput seluruh mahasiswa yang mempunyai kelapangan dan menginginkan sesuatu yang pengalaman yang berguna dalam kem ini digalakkan untuk menyertai BRO MC ini.
Disamping itu, PMIUM dalam menganjurkan BRO MC pada kali ini menampilkan dua personaliti muda yang mewarnai arena mahasiswa iaitu Sharing Moment with Imam Muda Hasan dan Imam Muda Fakhrul.Dalam kem ini , para peserta akan bersama dengan satu slot pengisian oleh kedua-dua iman muda tersebut.
Oleh yang demikian, PMIUM menjemput seluruh mahasiswa untuk merebut peluang keemasan ini untuk menyertai BRO MC 2012 yang akan berlangsung tidak lama lagi.Difahamkan pendaftaran penyertaan BRO MC masih lagi dibuka untuk menerima peserta BRO MC kali ini.Maklumat pendaftaran boleh dilihat dan menghubungi pada maklumat yang tertera di poster di atas.-pmium








