Safwan dibenarkan keluar hospital , jelaskan kekejaman polis

Published on January nd, 2012


Slim River, 2 Jan 2012 : Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safwan Anang@Talib mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.

Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan “rempuhan sendiri” ke klinik berdekatan.

Reply

Comment guidelines, edit this message in your Wordpress admin panel