Pentas Speaker Corner gegar kembali , alumni UM turun

Published on November th, 2011

Universiti Malaya,30 Nov 2011 : Hari ini pentas ‘Speaker Corner’ segar kembali dengan kehadiran aktivis mahasisiwa dan alumni Universiti Malaya setelah hampir 45 tahun berlalu. Telah berlangsung selama 1 jam di belakang perpustakaan utama UM pada jam 10am tadi.

Ramai teruja aksi pemidato

Khong Kim Hoong

Kira-kira 150 mahasiswa dan aktivis hadir dalam perasmian yang dilancarkan Naib Canselor UM. Sesi Khas Sudut Pidato Universiti Malaya menampilkan  para pengasas Sudut Pidato 1966 dan aktivis mahasiswa ’60an.  Ravee Raghavan (Pengasas Sudut Pidato 1966), Ghazali Yusof (Pengasas Sudut Pidato 1966), R. Thillainathan (Pengasas Sudut Pidato 1966), Khong Kim Hoong (Presiden UMSU 1968/69), Syed Hamid Ali (Presiden UMSU 1969), Yoong Suan (Pengasas Kelab Sosialis UM)  dan ramai lagi. Naib Canselor bersama Timbalan Naib Canselor HEP UM, Datuk Rohana Yusof diberitakan turut sama-sama hadir bagi meraikan kehadiran alumni-alumni UM berkenaan.

Naib Presiden PMIUM turut menyampaikan ucapan

 

Selain itu, turut bersama  pada sesi khas sudut pidato, saudari Rohayu Rusli (Naib Presiden PMIUM) yang mana beliau rasa kagum melihat generasi 45 tahun yang lepas turut hadir bersama. Nyatanya semangat dan roh mahasiswa masih lagi segar dalam jiwa mereka, sempat juga mendengar ucapan-ucapan daripada generasi aktivis mahasiswa 60an seperti Syed Husin Ali dan lain-lain. Biarkan mahasiswa bebas bersuara!Oleh itu  kita sebagai mahasiswa pada hari seharusnya lebih berani dan bebas melontarkan idea dan pandangan.

Puisi khas untuk mahasiswa/i

Tambahnya lagi, Selesai sahaja speech, seorang ‘uncle’ juga bekas aktivis mahasiswa 60an  datang kepada saudari Rohayu Rusli  dan memberikan sajak, katanya ” sajak ini saya  buat khas untuk mahasiswa, semalaman saya  memikirkan untuk memberikan kata-kata  yagn terbaik hadiah utk mahasiswa, saya  ingin melihat mahasiswa dan mahasiswi  terus lantang bersuara”. Sajak beliau tdi telah dibaca oleh sahabat saya Tiong Lee Kee di pentas speaker corner! Student Power! - Pmium



Comments

  1. Posted by mahathir on December 2nd, 2011, 07:33 [Reply]

    salam, blh x share isi kandungan sajak tu kat blog nih. terigin jg nak thu.

Reply

Comment guidelines, edit this message in your Wordpress admin panel