
Universiti Malaya , 30 Nov 2011 : Sempena tahun baru maal hijrah 1433 H , Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) menjemput seluruh mahasiswa menghadiri sebuah forum maal hijrah pada hari ini.
Forum maal hijrah pada kali ini akan membincangkan satu topik menarik iaitu Perubahan bukan satu pilihan tapi suatu kemestian.
Menurut maklumat yang diperolehi , forum ini akan berlangsung pada jam 8 malam bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan UM.
Antara ahli panel yang akan menbincangkan topik pada malam tersebut Ustazah Isfadiah Mohd Daszuki ( Pusat Asasi UIAM )dan Prof Madya Dr Mohamad Kamil Bin Abd Majid (UM).
Antara perkara penting yang akan dibincangkan bersama dalam forum ini adalah perubahan dalam realiti kita sebagai mahasiswa, sejarah hijrah Rasulullah, danbagaimana sejarah hijrah sebagai medan motivasi kita sebagai mahasiswa bermotivasi tinggi.
Timbalan Presiden, saudara Amir Nabil Mahyuddin menyatakan akan kehidupan sebagai mahasiswa atau manusia tidak dapat tidak , pasti akan melakukan perubahan sama ada ke arah lebih baik atau sebaliknya.Namun secara hakikatnya , manusia itu suka akan kebaikan.
Oleh yang demikian , saya menjemput dan mengalu-alukan kepada seluruh mahasiswa untuk sama-sama hadir dalam forum ini bagi kita mengecapi dan mengambil ilmu sempena tahun baru maal hijrah untuk kita menjadi seorang muslim yang bertaqwa.-pmium








