Al-Fatihah : PMIUM ucap takziah di atas pemergian arwah Wirakarnain

Published on November th, 2011

Universiti Malaya, 24 Nov 2011 : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya hari ini mengucapkan Al-Fatihah buat arwah Wirakarnain Sani, yang telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Beliau sebelum ini merupakan bekas pengetua Kolej Kediaman Kesembilan,Universiti Malaya .Selain itu, beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Sains Universiti Malaya.

Kira-kira pada petang tadi , beliau yang telah di Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum ini berada dalam keadaan yang tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa jam tadi.

Kumpulan mahasiswa-mahasiswa termasuk Exco PMIUM turut hadir ke PPUM bagi menziarahi arwah sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Pemergian beliau merupakan kehilangan cendiakawan yang bermakna dalam menyampaikan mutiara ilmu kepada mahasiswa.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Salam takziah daripada PMIUM untuk keluarga arwah.

Reply

Comment guidelines, edit this message in your Wordpress admin panel