
Nilam Puri, 19 Nov 2011 : Forum Mahasiswa melibatkan dua badan induk besar Universiti Malaya diadakan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya .Forum tersebut telah menjemput Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.
Forum mahasiswa kali ini menampilkan 3 mahasiswa kelahiran UM Nilam Puri iaitu YDP MPMUM saudara Mohd Syahid Mohd Zaini, Presiden PMIUM saudara Muhammad Safwan Anang@Talib dan Naib Presiden PMIUM saudari Rohayu bt Rusli.
Forum ini membincangkan hal ehwal dan isu-isu berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab mahasiswa.Turut sama membantu dalam menjayakan forum ini adalah MPP Nilam Puri dan JTK Kolej Kediaman Nilam Puri yang mengadakan semua persiapan bagi melancarkan forum tersebut.
Secara keseluruhannya, PMIUM bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga UM Nilam Puri kerana memberikan pihak kami peluang untuk bersama dengan mahasiswa UM Nilam Puri.-pmium








